![Image from: [VIDEO] Anwar pesan anak-anak sayang ibu bapa, guru dan baca buku](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/anwar-pelajar-sekolah-1024x576.jpeg)
PETALING JAYA – “Sayang ibu bapa. Sayang guru. Jangan lupa baca buku.”
Itu pesanan ringkas tetapi bermakna daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada anak-anak yang mencuri perhatian menerusi perkongsian di media sosial.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada murid-murid yang mempamerkan nilai murni serta keindahan budaya Malaysia ketika negara menyambut kunjungan Tamu Kenegaraan.
“Terima kasih anak-anak yang mempamerkan nilai murni dan keindahan budaya Malaysia tatkala kita mengalu-alukan kunjungan Tamu Kenegaraan,” katanya.
Pesanan itu menekankan kepentingan menghormati ibu bapa dan guru, selain menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian.
“Ingat malam ini baca buku sekurang-kurangnya satu jam, salam dengan ibu bapa janji baca buku,” katanya.
Perkongsian berkenaan turut membawa mesej bahawa pembentukan generasi berilmu dan berakhlak mulia perlu bermula sejak kecil, dengan sokongan keluarga serta warga pendidik. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Anwar pesan anak-anak sayang ibu bapa, guru dan baca buku appeared first on Kosmo Online.






