Trak pikap terkandas, air Sungai Balar meningkat

LocalEnvironment
11 Oct 2026 • 7:44 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Trak pikap terkandas, air Sungai Balar meningkat

GUA MUSANG – Peserta Program Literasi Pendaftaran sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara Peringkat Negeri Kelantan terpaksa berjalan kaki kira-kira 20 minit selepas 15 trak pikap yang mereka naiki terkandas dan tidak dapat melintasi Sungai Balar akibat paras air meningkat petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu dipercayai berlaku susulan hujan di kawasan hulu sungai yang menyebabkan paras air Sungai Balar meningkat sehingga menghalang kenderaan daripada menyeberang.

Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda, Mohd. Arifuddin Azahari, 37, berkata, peserta terbabit terpaksa menggunakan jambatan gantung untuk menyeberangi sungai sebelum meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki atau menumpang kenderaan pacuan empat roda lain.

Katanya, sebahagian peserta yang berjalan kaki sudah tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda terpaksa menunggu sehingga paras air surut yang dijangka sekitar pukul 11 malam ini.

“Keadaan air sungai agak besar dan kami tidak berani mengambil risiko untuk meredah sungai kerana bimbang akan keselamatan peserta serta kenderaan.

“Kami terpaksa menunggu sejak lebih dua jam lalu sehingga paras air surut sebelum dapat meneruskan perjalanan. Buat masa ini, kami hanya boleh menunggu dan memantau keadaan sungai,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, beliau bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias serta peserta program turut terpaksa menggunakan jambatan gantung untuk ke SK Balar. – KOSMO! ONLINE

The post Trak pikap terkandas, air Sungai Balar meningkat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved