Ibu Bina Penjara Di Rumah Untuk Kurung Anak Ketagih Dadah

Entertainment
16 Nov 2024 • 10:05 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara bertahun hidup dalam ketakutan kerana anak lelakinya ketagihan dadah dan suka berjudi, seorang wanita di Thailand memutuskan untuk memasang jeriji besi seperti sel penjara di dalam rumahnya untuk mengurung anaknya itu.

Memetik laporan Oddity Central, wanita itu mengambil keputusan tersebut kerana risau keselamatan dirinya dan jiran-jiran terdekat terancam jika anaknya itu dibiarkan berada di luar rumah ketika lelaki berusia 42 tahun itu menjadi ganas ketika ketagihan dadah.

Difahamkan, wanita itu tinggal berdua dengan anaknya di rumah tersebut selepas suaminya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

image is not available

Sebelum ini, wanita itu dilaporkan telah hampir 10 kali menghantar anaknya masuk ke pusat rehabilitasi di seluruh Thailand agar anaknya itu berhenti mengambil dadah namun masalah ketagihan anaknya itu tidak dapat diselesaikan.

image is not available

Oleh sebab itulah, dia memutuskan untuk memasang jeriji besi seperti di penjara untuk mengurung anaknya jika lelaki itu bertindak ganas akibat menghisap dadah.

Meskipun begitu, wanita itu tetap menyediakan ruang yang cukup dalam penjara rumah itu termasuklah tandas untuk keselesaan anaknya dan makanan dan minuman juga diberikan kepada lelaki tersebut.

Kamera litar tertutup (CCTV) turut dipasang di penjara rumah itu untuk mengawasi gerak geri anaknya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.