IBU kepada pelakon terkenal Syafiq Kyle, Rohaya Sulaiman, dilaporkan meninggal dunia pada pagi Sabtu.
Berita duka itu dikongsikan oleh adik Syafiq yang juga pelakon, Syazwan Razak, menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Bagaimanapun, punca kematian Allahyarham tidak didedahkan.
Ucapan takziah mula membanjiri media sosial sejurus perkongsian itu dibuat, dengan rakan-rakan artis dan peminat menzahirkan simpati serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan beriman.
Syafiq Kyle merupakan antara pelakon popular tanah air yang dikenali menerusi pelbagai drama dan filem tempatan, manakala Syazwan Razak turut aktif dalam bidang lakonan.
Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi kehilangan tersebut. - Awani





