Lelaki maut kereta terbabas rempuh tiang monorel

LocalCars
17 Oct 2026 • 2:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang monorel di Jalan Hang Tuah, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.49 pagi, mangsa berusia 28 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Ativa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ketika kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Pudu menghala ke Jalan Dewan Bahasa.

“Pemandu dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas dan melanggar tiang monorel di lokasi kejadian.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, tular rakaman video memaparkan satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan di Jalan Hang Tuah di sini.

Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

“Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” jelasnya. –UTUSAN

The post Lelaki maut kereta terbabas rempuh tiang monorel appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved