Ibu dan dua anaknya rentung dalam kebakaran di Kedah

LocalFamily & Parenting
28 Jul 2026 • 11:48 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ibu dan dua anaknya rentung dalam kebakaran di Kedah

Pada 28 Julai 1981, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tiga beranak, ibu dan dua anak lelakinya rentung dalam keadaan berpelukan di tingkat atas rumah kedai dalam satu kebakaran di pekan kecil Padang Sera, Jitra, Kedah.

Tan Lee Eng, 29 tahun dan dua anaknya, Ooi Kok Yeong, 4 tahun dan Ooi Kok Seong, 9 dipercayai terperangkap. Kebakaran yang berlaku pada jam 9.10 malam itu memusnahkan lima buah kedai serta sebuah gerai makanan. Kerugian dianggarkan mencecah RM770,000.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 28 Julai 1983 – Kerajaan Negeri Johor merancang untuk memperluaskan kawasan pusat bandar Johor Bahru bersaiz lapan kali ganda daripada 45.1 hektar ketika ini kepada 368 hektar.
  • 28 Julai 1984 – Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya bakal lumpuh susulan perletakan jawatan secara serentak oleh tiga orang pakar perunding jabatan berkenaan.
  • 28 Julai 1985 – Angkatan Tentera Uganda telah menggulingkan Presiden Milton Obote dalam satu rampasan kuasa yang tidak menumpahkan darah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: infocenter@mediamulia.com.my

The post Ibu dan dua anaknya rentung dalam kebakaran di Kedah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved