'Saya nampak mayat ditutup, tak sangka itu anak saya' -Ibu

28 Jul 2026 • 10:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Saya nampak mayat ditutup, tak sangka itu anak saya' -Ibu
Zaimizan bersama arwah anaknya, Muhammad Arif Daniel yang maut dalam kemalangan di Maran.
Image from: 'Saya nampak mayat ditutup, tak sangka itu anak saya' -Ibu
Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Ab Mutalib menyantuni ibu arwah Muhammad Arif Daniel, Zaimizan di Unit Forensik Hospital Jengka di sini.
Image from: 'Saya nampak mayat ditutup, tak sangka itu anak saya' -Ibu
Mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut.
Image from: 'Saya nampak mayat ditutup, tak sangka itu anak saya' -Ibu
Jenazah Allahyarham Salbiah selesai dibedah siasat di Unit Forensik Hospital Jengka dan akan dibawa di tanah Perkuburan Islam Paya Pasir, Chenor.

MARAN - [DIKEMAS KINI] "Saya langsung tidak sangka orang yang terbabit dalam kemalangan itu sebenarnya anak saya sendiri."

Demikian luahan pilu Zaimizan Silong, 51, yang tidak menyedari mangsa kemalangan yang dilihatnya ketika melalui lokasi nahas di Maran pada awal pagi Selasa merupakan anak kandungnya, Muhammad Arif Daniel Mohd Norsha'ari, 20.

Menurutnya, dia melalui lokasi kejadian ketika dalam perjalanan menghantar sarapan ke sebuah pejabat kerajaan sebelum dimaklumkan anaknya terbabit dalam nahas tersebut.

**media[3597994]**

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Identiti tiga mangsa maut dikenal pasti

"Saya nampak mangsa sudah ditutup dan ada perasan kereta itu macam kereta kawan dia, tetapi saya nafikan dalam hati bahawa itu bukan anak saya," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jengka pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu, kemalangan berkenaan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu Perodua Alza, Myvi dan Kancil.

Muhammad Arif Daniel merupakan penumpang Perodua Alza terkorban dalam nahas tersebut.

Sementara pemandu dan seorang lagi penumpang kereta itu cuma mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Hospital Temerloh untuk menerima rawatan

**media[3597995]**

Dua lagi mangsa iaitu pemandu Perodua Myvi, Masitah Mohd Soad, 59, bersama penumpangnya, Salbiah Mohamad Sah, 76, turut terkorban dalam kejadian itu.

Manakala pemandu Perodua Kancil disahkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Zaimizan berkata, sebelum kejadian, anak kedua daripada lima beradik itu keluar dari rumah pada malam Isnin selepas memaklumkan mahu keluar bersama seorang rakan.

Menurutnya, Muhammad Arif Daniel yang bekerja sebagai pekerja kontrak di kawasan Chenor turut menghantar pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp supaya dia dikejutkan awal pagi kerana perlu hadir bekerja kira-kira jam 8 pagi.

**media[3597996]**

"Saya bangun pagi dan tengok dia sudah tiada di bilik. Saya ingat dia sudah keluar macam biasa untuk bekerja," katanya.

Katanya, pesanan itu menjadi komunikasi terakhir antara mereka sebelum dia menerima berita yang mengubah hidup keluarganya.

Jenazah Muhammad Arif Daniel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dalam Chenor.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved