Ibu lihat lokasi kemalangan, tidak sangka anak sendiri maut

28 Jul 2026 • 4:57 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ibu lihat lokasi kemalangan, tidak sangka anak sendiri maut

MARAN: Seorang ibu tidak menyangka kenderaan remuk yang dilihatnya ketika menghantar sarapan awal sebenarnya meragut nyawa anak lelakinya sendiri dalam kemalangan mengorbankan tiga nyawa, di sini.

Lebih menyayat hati, Zaimizan Silong, 51, hanya menyedari mangsa yang terkorban itu ialah anaknya, Muhammad Arif Daniel Mohd. Norsha’ari, 20, selepas selesai menghantar makanan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, Muhammad Arif Daniel bersama dua lagi mangsa disahkan meninggal dunia selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan.

Zaimizan berkata, anak kedua daripada lima beradik itu keluar rumah malam sebelum kejadian selepas memaklumkan menerusi aplikasi WhatsApp untuk meluangkan masa bersama rakan.

Katanya, anaknya sempat berpesan supaya mengejutkannya awal pagi memandangkan dia perlu melapor diri untuk bekerja sebagai pekerja kontrak di kawasan Chenor, kira-kira pukul 8 pagi.

“Saya bangun pagi dan tengok dia tiada di bilik. Saya ingat dia sudah keluar macam biasa untuk bekerja,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jengka di sini, hari ini.

Zaimizan berkata, ketika menghantar sarapan ke Pejabat Agama Islam di sini, dia melalui lokasi kejadian dan melihat sebuah kereta yang remuk.

“Saya nampak mangsa sudah ditutup. Saya juga perasan kereta itu macam kereta kawan dia, tetapi saya nafikan dalam hati dan berkata bukan anak saya. Saya langsung tidak sangka orang yang terbabit dalam kemalangan itu sebenarnya anak saya sendiri,” katanya sebak.

Menurutnya, selepas selesai menghantar makanan, dia menerima panggilan yang memaklumkan Muhammad Arif Daniel adalah antara mangsa yang terkorban.

“Saya terus rasa lemah. Rupa-rupanya saya sudah melalui tempat anak saya meninggal dunia tanpa mengetahuinya,” katanya.

Selain Muhammad Arif Daniel, turut maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu ialah pemandu dan penumpang Perodua Myvi, Masitah Mohd, Soad, 59, Salbiah Mohamad Sah, 76. – UTUSAN

 

 

The post Ibu lihat lokasi kemalangan, tidak sangka anak sendiri maut appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved