Ibu Dikecam Bagi Anak Kecil Makan Cili Sampai Mata Berair

Entertainment
23 Oct 2024 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tindakan seorang ibu yang dipercayai dari negara jiran, Indonesia merakam anaknya yang masih kecil memakan makanan yang masam dan pedas mengundang kecaman orang ramai.

Dalam video tersebut kelihatan si anak kecil itu memakan buah yang dicicah dengan sambal pedas sehinggakan air mata kanak-kanak itu meleleh.

Biarpun ramai yang bengang, ada juga yang membela si ibu ini dengan alasan ia adalah perkara biasa buat kanak-kanak kecil yang tinggal di desa memakan pedas berbanding ibu bapa di bandar yang membataskan anaknya dengan makanan itu.

Malah bagi mereka tiada masalah kerana anak kecil dalam video ini dilihat suka dengan kepedasan.

Ada juga yang anggap golongan yang mengecam itu datang daripada generasi yang lemah serta ada yang membandingkan anak mereka yang umur 2 tahun boleh makan pedas.

image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, ramai juga yang kesian melihat keadaan anak kecil tersebut selain daripada kecaman yang dilontarkan kepada ibunya.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Dalam hantaran tersebut, ada juga netizen yang ajukan mengenai kes ini kepada doktor dan doktor tersebut menjelaskan bahawa sangat bahaya untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun makan makanan pedas, apatah lagi cili mentah seperti dalam video tersebut.

Katanya lagi, bayi di bawah umur 2 tahun biasanya organ dalam badan masih sensitif dan bahagian dalam perutnya pasti akan luka kerana kepadasan itu. Katanya lagi, sedangkan orang dewasa boleh kena gastrik jika memakan makanan pedas, apatah lagi anak sekecil itu.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.