Ibu Hafiz Suip meninggal dunia

LocalEntertainment
11 Nov 2025 • 8:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Halizawati meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuching pada malam Isnin.

KUALA LUMPUR - Ibu kepada penyanyi terkenal Hafiz Suip, Halizawati Salleh, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Kuching pada malam Isnin.

Hafiz memaklumkan berita duka itu melalui hantaran di media sosial.

"Inalillahiwainailahirojiun, hilangnya doa seorang ibu," tulisnya ringkas.

Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke hospital beberapa hari sebelum pemergiannya akibat komplikasi penyakit kencing manis yang lama dihidapinya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam pukul 9.40 malam.

Pada 1 November lalu, Allahyarham Halizawati menghadiri Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena, Bukit Bintang. - Awani

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved