Ibu Hafiz Suip meninggal dunia akibat kompilkasi kencing manis.  'Hilangnya doa seorang ibu...' 

LocalFamily & Parenting
11 Nov 2025 • 7:42 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TAKZIAH diucapkan buat penyanyi Hafiz Suip yang kehilangan ibu tersayang Allahyarham Halizawati Salleh, 62, kira-kira jam 9.23 malam Isnin.

Berita duka itu dikongsi Hafiz menerusi sebuah hantaran di laman sosial Facebook.

"Inalillahiwainailahirojiun, hilangnya doa seorang ibu," tulisnya.

Difahamkan, arwah terdahulu dimasukkan ke hospital akibat komplikasi penyakit kencing manis dan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Umum Kuching, Sarawak.

image is not available

Keluarga terdekat memaklumkan Allahyarham  akan dibawa ke Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma, Kuching pada jam 10 pagi ini untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang.

Terdahulu, Allahyarham Halizawati menghadiri Konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip di Megastar Arena, Bukit Bintang sebelum dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu.

Pada konsert berkenaan, Allahyarham membuat kejutan tampil di pentas dengan menaiki kerusi roda ditolak oleh suaminya, Mohd Suip Mohamad.

Menerusi segmen menyentuh hati itu, Hafiz berikrar mahu menjadi 'kaki' Haliza yang telah kehilangan anggota tubuh berkenaan susulan kencing manis.