Ibu ini luah rasa terkilan, anak sulung dituduh 'lelaki lembut' gara-gara jarang keluar rumah, pandai urus adik

LocalOpinion
27 Dec 2024 • 9:12 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ANAK perempuan jaguh uruskan perihal rumah itu tidak pelik, tetapi bila anak lelaki yang mahir semua itu menjadi aneh di mata segelintir orang.

Malah, disebabkan anak lelaki tahu serba-serbi pekerjaan di rumah ada pula yang menyifatkan mereka sebagai 'pondan' seperti luahan oleh seorang ibu di laman Facebook miliknya.

Menurut pemilik akaun Dong YaQun, anak sulungnya itu mendapat gelaran tersebut kerana jarang keluar dan sering membantu beliau di rumah.

"Inilah anak sulung saya yang digelar pondan. Dia ni remaja lelaki yang suka duduk dirumah dan boleh buat kerja rumah. Kerja di dapur dia buat.

"Masa adik masih kecil, dia boleh menjaga. Dia boleh pangku adik sambil susukan dengan botol susu.

"Dia tidak pernah lepak atau tidur di rumah kawan-kawan kecuali rumah sepupunya, itu pun jarang sekali," tulis beliau.

image is not available

Tambah wanita itu lagi, anaknya itu boleh disifatkan sebagai berjiwa lembut kerana tidak pandai melawan ibu bapa dan juga pendiam menjadi punca orang ramai menggelarkan anak beliau sedemikian rupa.

"Dia tidak pernah melawan cakap mama dan daddy dia. Dia Jenis diam bila ditegur, menjawab bila ditanya. Mungkin inilah sebabnya dia digelar macam pondan.

"Sampai begitu sekali penilaian orang. Lelaki yang berjiwa lembut tidak pandai melawan orang tua, yang suka menjaga adik-adiknya, yang suka duduk dirumah saja tidak suka lepak-lepak dengan kawan-kawan digelar pondan.

"Aduh, aneh manusia sekarang. Lelaki sejati itu tidak semestinya seorang yang pandai merokok,pandai minum, suka berkelahi atau yang suka melepak ya," tambah beliau.

Beruntungnya dapat anak pandai jaga adik-adik, buat kerja rumah dan paling penting taat ibu bapa. Harap sifatnya itu kekal sehingga dewasa.