Ibu kandung ditahan dera anak lima tahun di Sentul, mangsa cedera parah

5 Jan 2026 • 3:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 5 JAN: Polis menahan seorang wanita berusia 21 tahun kerana disyaki mendera anak perempuannya di sebuah kediaman di Sentul, pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Jumaat.

“Mangsa berusia lima tahun mengalami kesan kecederaan teruk di beberapa bahagian badan termasuk kepala, telinga, mata, tangan, kaki dan kehilangan gigi hadapan dipercayai didera dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai telah didera sejak dua minggu lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata suspek direman selama enam hari hingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved