“Kita Kristian dik” – [VIDEO] Wanita Bukan Islam Hairan Anak Suka Dengar Azan

Entertainment
11 Jul 2023 • 4:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap kanak-kanak memiliki perwatakan dan mood masing-masing yang ada kalanya membuatkan ibu bapa berasa bingung dengan kerenah mereka.

Tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang ibu yang juga penganut agama Kristian berasa bingung melihat kelakuan anak lelakinya yang suka mendengar azan.

Menerusi hantaran video itu, wanita tersebut juga hairan melihat anak lelakinya itu akan menangis apabila video azan itu ditutup.

Berhenti menangis bila dengar laungan azan

Dipercayai berlaku di Indonesia, anaknya hanya akan berhenti menangis apabila video azan dibuka semula dalam telefon bimbit.

Dapat dilihat wanita tersebut bertanya kepada anak lelakinya kenapa dia suka mendengar azan.

“Kenapa adik suka mendengar Allahuakbar? Suka dengar azan?

“Kita Kristian dik, adakah aku perlu sedih atau bangga?” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian video lain, wanita itu menyatakan ada membuka kandungan video lain namun anaknya menolak dan hanya suka apabila membuka video laungan azan. Malah, anaknya hanya akan berselera untuk makan apabila membuka video berkenaan.

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai, rata-ratanya memberikan reaksi positif dan mendoakan kesejahteraan mereka.

image is not available

Dalam perkembangan terbaharu, wanita itu memohon maaf jika perkongsian kecintaan anaknya terhadap laungan azan ada menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.