
Ibu mentua kepada pelakon Norman Hakim iaitu Norlela Abdul Rahman menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.49 pagi, Rabu di Hospital Kota Tinggi, Johor. Menerusi perkongsian di Instagram, Norman memaklumkan ibu kepada isterinya yang juga aktres Memey Suhaiza meninggal dunia selepas mengalami strok. “INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI‘UN. Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu mentua saya yang dikasihi, Allahyarhamah Norlela binti Abdul Rahman, telah kembali ke rahmatullah pada 28 Oktober 2026, pukul 2.49 pagi di Hospital Kota Tinggi setelah mengalami strok. “Kami sekeluarga memohon jasa baik keluarga, sahabat handai dan semua yang mengenali Allahyarhamah agar dapat sama-sama mendoakan beliau. “Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, melapangkan serta menerangi alam kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. “Mohon sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarhamah,” kongsinya. Sumber - Instagram





