Ibu Memey Suhaiza meninggal dunia

28 Oct 2026 • 9:20 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ibu Memey Suhaiza meninggal dunia

PETALING JAYA: Ibu kepada pelakon, Memey Suhaiza, Norlela Abdul Rahman dikhabarkan telah meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, pada 2.49 pagi tadi.

Khabar duka itu dimaklumkan oleh pelakon, Norman Hakim menerusi sebuah perkongsian di Instagram yang turut mengesahkan ibu mertuanya meninggal dunia akibat mengalami strok.

“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu mentua saya yang dikasihi, Allahyarhamah Norlela binti Abdul Rahman, telah kembali ke rahmatullah pada 28 Oktober 2026, jam 2.49 pagi di Hospital Kota Tinggi setelah mengalami strok.

“Kami sekeluarga memohon jasa baik keluarga, sahabat handai dan semua yang mengenali Allahyarhamah agar dapat sama-sama mendoakan beliau.

“Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya, melapangkan serta menerangi alam kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

“Mohon sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarhamah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi hantaran sama, Memey dilihat sugul berada di samping jasad jenazah arwah ibu tercinta, selain sempat menitipkan doa buat insan tersayangnya itu.

The post Ibu Memey Suhaiza meninggal dunia appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved