Ibu Muat Naik Video Aliff Aziz Di IG Story, Netizen Terperasan Gambar Seseorang ‘Ditampal’ Di Belakang?

LocalFamily & Parenting
30 Mar 2026 • 11:00 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Ibu kepada Aliff Aziz kini menjadi topik perbualan netizen berikutan dengan perkongsian yang dimuat naik menerusi IG Story miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, dilihat Siti Hafizah Sheikh Mohamad ada memuat naik video yang memperlihatkan penyanyi Aliff Aziz memberikan ulasan mengenai kuih raya dan mata tajam netizen mula menyedari sesuatu.

Dalam perkongsian itu, netizen menyedari sesuatu perkara yang ganjil pada gambar keluarga yang digantungkan di dinding rumah. Kelihatan wajah seorang individu yang mukanya ‘ditampal’ dalam gambar tersebut.

image is not available image is not available

Menjengah ke ruang komen, ramai netizen yang perasan dengan perkara yang sama dan ada netizen mula ‘menggali’ gambar asal menerusi perkongsian lama pada tahun 2022 yang dipercayai gambar asal dalam bingkai tersebut.

Sekadar info, Aliff Aziz dan Bella Astillah berkahwin pada 9 September 2016 dan mereka pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum merujuk semula dalam tempoh idah. Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Bagaimanapun, mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 13 Jun 2024. Di samping itu, pada 28 Mac 2026, Bella Astillah dengan rasminya mengikat tali pertunangan bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Sumber : Threads, Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.