Ibu muda Palestin maut ditembak rejim di Nablus

5 May 2023 • 3:45 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

NABLUS: Seorang muslimah Palestin maut akibat tembakan israel di bandar Huwara, selatan bandar Nablus Tebing Barat yang dijajah, lapor pelbagai sumber tempatan.

Allahyarhamah dikatakan bersenjatakan pisau cuba mempertahankan dirinya daripada diserang oleh pencerobohan israel, namun ditembak bertubi-tubi oleh pasukan rejim.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, wanita itu telah dikenal pasti sebagai Eman Ziyad Ahmed Odeh berusia 26 tahun.

image is not available
Kredit Foto Twitter Al-Jarmaq news

image is not available

Ahmad Jibril, Ketua Jabatan Kecemasan & Ambulans Bulan Sabit Merah Palestin memberitahu media WAFA bahawa tentera israel melepaskan tembakan ke arah seorang wanita Palestin berhampiran Dataran Einabus dan dibawa ke hospital Rafidia bagi mendapatkan rawatan terdesak.

Jibril menambah, kecederaan wanita muda itu dilaporkan sangat kritikal kerana ditembak di dada oleh tentera israel.

image is not available

Dengan pembunuhan Eman Ziyad, jumlah rakyat Palestin yang telah dibunuh oleh tentera israel telah meningkat kepada 4 syahid, berikutan pembunuhan 3 rakyat Palestin semasa serbuan tentera di Kota Lama Nablus pagi Khamis.

Jumlah umat Islam Palestin yang telah dibunuh oleh tentera rejim dan peneroka israel sejak awal 2023 telah meningkat kepada 108 orang, termasuk 20 kanak-kanak serta 2 wanita.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia