Ibu Neelofa dedah disahkan hidap kanser payudara

Health & FitnessLifestyle
23 Feb 2025 • 12:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Noor Kartini ketika berkongsi cerita dalam satu program temu bual.

IBU kepada selebriti popular Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed berkongsi detik sukar apabila disahkan menghidap kanser payudara tahap satu selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan perubatan.

Menurut Noor Kartini, sebelum ini berita mengenai diagnosis itu hanya diketahui keluarga terdekat dan ia merupakan sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikirannya.

“Pada 17 hari bulan, saya dapat laporan perlu menjalani biopsi kerana hasil mammogram tidak begitu baik.

"Tiga hari kemudian, doktor menghubungi dan memaklumkan keputusan biopsi menunjukkan saya menghidap kanser payu dara tahap satu,” katanya dalam satu rancangan temubual.

Tambah beliau, khabar tersebut amat mengejutkan bukan sahaja buat dirinya, malah turut memberi kesan mendalam kepada suami dan anak-anak.

“Anak-anak menangis dan suami juga mengalami kesukaran untuk tidur.

"Kami fikir mungkin hanya ketulan biasa atau cyst, langsung tidak terfikir tentang kanser," ujarnya.

Ujar Noor Kartini, beliau mengambil masa beberapa hari untuk menerima kenyataan.

“Saya sendiri bingung seketika, sukar mempercayai perkara ini berlaku.Namun, saya percaya apa sahaja boleh terjadi dengan kehendak ALLAH SWT," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved