Noor Kartini Terima Kanser Sebagai Anugerah, Anak-Anak Menangis Bila Dapat Tahu

Health & FitnessLifestyle
23 Feb 2025 • 12:12 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
noor kartini

Usahawan terkenal, Datin Noor Kartini membuat pendedahan mengejutkan apabila disahkan menghidap kanser payudara peringkat pertama.

Menerusi satu temubual, Noor Kartini berkata, pada awalnya beliau menyangka hanya perlu menjalani prosedur kesihatan biasa.

Mama Tini tak pernah terfikir hidap kanser

Beliau tidak pernah terfikir akan menghidap kanser kerana keluarga tiada sejarah penyakit kanser. Namun kehendak takdir berkata sebaliknya.

Malah, beliau sedikit bingung ketika doktor menyampaikan berita duka tersebut sementara anak-anak dan suami menangis.

Anggap sebagai satu anugerah dan kejutan dari Allah SWT

Ujian yang diberikan Allah SWT ini juga membuatkan ibu kepada selebriti popular, Neelofa tersedar bahawa dia juga boleh menghidap kanser.

Bila doktor kata mama kanser, mama macam bingung sekejap. Beberapa hari mama macam… dia bukan takut ke apa tapi lebih kepada terkejut. Tapi anak-anak dah menangis dah semua.

Usahawan kelahiran Kelantan ini bagaimanapun menganggap ujian ini sebagai satu anugerah dan kejutan dari Allah SWT untuk menyedarkan dirinya.

Beliau sedar bahawa sesuatu yang belum terjadi tidak semestinya tidak akan berlaku.

Kita tak akan sangka sesuatu perkara selagi tak terjadi ke atas diri kita sendiri. Baru kita rasa, “Oh betullah, inilah dia realiti kehidupan.

#ApaKataOhmedia

Kuatnya semangat Datin Noor Kartini. Semoga beliau segera diberikan kesembuhan oleh Allah SWT. Buat para wanita di luar sana, buatlah pemeriksaan secara berkala untuk mengesan penyakit di peringkat awal.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram doncakap


The post

appeared first on

.