Ibu Scha Alyahya Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

7 Dec 2024 • 3:45 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Ibu kepada pelakon dan pengacara Scha Alyahya iaitu Junainah Hashim dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 9.40 pagi, Sabtu di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Akibat serangan jantung

Berita sedih itu dikongsikan oleh suami kepada Scha iaitu pengacara Awal Ashaari menerusi Instastory miliknya.

 

Menerusi perkongsian tersebut, Awal memaklumkan jenazah arwah ibu mentuanya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sejurus selepas solat Asar.

 

“Dengan dukacita memaklumkan ibu mertua saya, Junainah Binti Hashim telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.40 pagi tadi di Hospital Pantai akibat serangan jantung.

 

“Jenazah telah dikafan dan akan disolatkan di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala, Jalan Sri Penchala Kampung Sungai Penchala, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

 

“Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 sejurus selepas Asar,” kongsi Awal.

Difahamkan, Scha sepatutnya menjadi hos utama bersama Datuk AC Mizal untuk malam kemuncak Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM33) yang berlangsung pada malam ini.

 

Malam tadi, Scha sempat memuat naik beberapa video memperlihatkan suasana sesi latihan FFM3 di Instastory miliknya.