Ibu Scha Alyahya Meninggal Dunia Pagi Tadi

Entertainment
7 Dec 2024 • 4:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ibu kepada pelakon dan selebriti popular Malaysia, Scha Alyahya dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi tadi di sebuah hospital akibat serangan jantung.

Berita pemergian ibu Scha, Junainah Hashim telah dikongsikan oleh aktor, Awal Ashaari yang juga merupakan suami kepada pelakon wanita yang popular dengan drama Awan Dania itu.

Awal berkongsikan berita pemergian ibu mentuanya itu menerusi Instagram Story sebentar tadi.

image is not available

image is not available

Menerusi Instagram Story, Awal mengatakan ibu Scha telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.40 pagi tadi di Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Difahamkan, jenazah ibu pelakon itu telah dikafankan dan akan disolatkan di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala Taman Tun Dr Ismail, KL selepas solat Asar pada hari ini.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Awal Ashaari bagaimanapun tidak berkongsikan punca pemergian ibu mentuanya.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibu Scha Alyahya dan sama-sama juga kita doakan agar keluarganya tabah dengan pemergian ibu tercinta mereka.

Sumber: Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.