Ibu Syamsul Yusof Anggap Ira Kazar Wanita Kejam Sebab Rampas Bapa 2 Cucu?

Entertainment
14 Jan 2023 • 2:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rasanya ramai yang dah sedia maklum dengan kemelut yang melanda rumah tangga pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof dan dua isterinya, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar.

image is not available

Kalau dilihat di media sosial, netizen Malaysia mempunyai pendapat masing-masing berkenaan isu ini. Malah, golongan artis juga tidak berkecuali dalam menyatakan pendapat mereka.

Terbaharu, ibu kepada pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Datin Patimah Ismail ada memuat naik satu story di laman Instagram rasmi miliknya yang mengisarkan rumah tangga kedua yang baru didirikan anaknya itu.

image is not available

Meskipun hanya memuat naik satu story berkaitan isu ini, penulisan beliau nyata disifatkan ramai sebagai mendalam dan menusuk.

Korang boleh tengok sendiri apa yang beliau tulis kat bawah ni:

“Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam! Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidupnya!” tulis Datin Patimah.

Luahan terbabit turut disertakan bersama dengan sekeping gambar yang memaparkan dua cucunya, Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 4. Kedua-duanya merupakan anak kepada Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

image is not available

Untuk info, Syamsul Yusof membuat pengakuan pada 6 Januari lalu bahawa dia sudah bernikah dengan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi di Thailand.

Pendedahan terbabit nyata menerima pelbagai respon daripada netizen dan ada yang mengecam tindakan Syamsul Yusof kerana memadukan Puteri Sarah.

Sumber: @dpatimah012

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.