“Ibu tahu Zaim tak salah” – Keluarga Bapa Zayn Minta Keadilan Ditegakkan

7 Jun 2024 • 10:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bapa kepada Zayn Rayyan, kanak-kanak autistik berusia 6 tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu hari ini mendakwa dia dianiaya dan semuanya fitnah dalam prosiding sambungan atau penamatan reman di mahkamah.

Ucapan tersebut mengundang jeritan ahli keluarga yang berkumpul di luar mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Dalam pada itu, peguam, Fahmi Abd Moin mengesahkan beliau dilantik bagi mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak itu yang tiba di mahkamah sekitar jam 8.25 pagi tadi (Jumaat).

image is not available

Sementara itu, kain rentang bertulis ‘Justice Zaim dan Isma’ juga turut dipegang oleh keluarga kepada ibu bapa Zayn yang berkumpul di luar mahkamah.

“Kami mahu pembunuh yang sebenar, ibu tahu Zaim tak salah”

Selain itu, ibu kepada bapa Zayn yang ditahan reman selama tujuh hari yang berakhir hari ini menjerit meminta keadilan untuk anak lelakinya itu.

image is not available

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan akan memohon untuk sambungan reman kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan pembunuhan mangsa.

Pada 6 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Polis kemudiannya mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh, susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Sumber : BH | Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.