Ibu Tunai Permintaan Anak, Hadiahkan Guru Habib Jewels Dan Bawal Exclusive

16 May 2025 • 11:51 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Hadiah Habib dan Bawal Exclusive

Pengasas syarikat kosmetik, Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan menjadi perhatian warganet setelah menyediakan hadiah barangan mewah buat anaknya sempena sambutan Hari Guru yang diadakan pada 16 Mei, hari ini.

Hadiah Habib dan Bawal Exclusive

@afzalizahazizan

Bila anak-anak bagitau , ibu “hari guru nak bagi apa ? So, i prepare for them Selamat hari guru untuk semua yang bergelar guru

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Menerusi perkongsian di TikTok, usahawan itu menujukkan hadiah yang dibeli antaranya barang kemas jenama Habib Jewels dan tudung dari jenama mewah Bawal Exclusive.

“Bila anak-anak beritahu ibu, hari guru nanti nak bagi apa.

“Jadi saya sediakan mereka hadiah ini, selamat hari guru untuk mereka semua yang bergelar guru,” kata Afzalizah hari ini.

image is not available

Ibu kepada tiga cahaya mata itu, dilihat menyediakan hampir 40 bungkusan hadiah berisi barangan mewah buat anak-anaknya sambil meletakkan sekeping kad ucapan sebagai tanda penghargaan.

“Selamat hari guru, terima kasih kerana menjadi cahaya petunjuk yang mengajar setiap hari,” demikian tulis kad ucapan tertera nama Razin Hadi.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji usaha Afzalizah yang cuba memenuhi permintaan anaknya itu dan ada juga meluahkan rasa kecewa kerana tidak mampu menyediakan hadiah yang mahal buat anak-anak mereka.

Malah ada juga wargamaya berseleoroh mengakui diri mereka merupakan salah seorang guru yang mengajar anak usahawan itu demi mendapatkan hadiah barangan mewah tersebut.

Saya guru pendidikan Islam

image is not available

Mampu beli pen je

image is not available

Beri ikut kemampuan

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 250,000 tontonan dan menerima lebih 6,000 tanda suka.

Sumber: TikTok Afzalizahnizam