“Kesian CE Nak Hadap Orang Mental Macam Tu” – Pernah Lalui Isu Hak Jagaan Anak, Nur Amirah Simpati Dengan Cik Epal

Family & Parenting
23 Sep 2026 • 11:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Isu hak jagaan anak melibatkan personaliti media sosial Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam terus menjadi perhatian ramai selepas perkembangan terbaharu mengenai hak hadhanah dua anak mereka.

Usahawan Nur Amirah tampil berkongsi pandangannya mengenai perkara tersebut selain meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang sedang dilalui Cik Epal.

Advertisement

Pernah lalui fasa yang sama

Menerusi perkongsian di Threads, Nur Amirah berkata dia sendiri pernah melalui fasa perpisahan sebelum disahkan bercerai pada tahun 2022 selepas keluar dari rumah pada 2020.

Menurutnya, dia dan bekas suami juga pernah berdepan perselisihan mengenai hak jagaan anak-anak pada peringkat awal sebelum akhirnya memilih untuk mengekalkan hak jagaan bersama.

Saya keluar rumah tahun 2020, sah cerai 2022, memang kami dah berpisah lama selepas itu baru ada jalan penyelesaian. Walaupun awal-awal bergaduh juga mengenai hak jagaan bersama untuk anak anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUR AMIRAH (@nuramirah11)

Ibu bapa kena ketepi ego

Tambahnya, meskipun sudah kembali mendirikan rumah tangga, dia dan bekas suami masih mengekalkan hak jagaan bersama dan anak-anak mempunyai kebebasan untuk memilih untuk ke rumah siapa.

Dalam pada itu, Nur Amirah berpendapat soal anak-anak memerlukan ibu bapa yang mampu mengetepikan ego dan tidak melihat isu hak jagaan sebagai pertandingan untuk menentukan siapa menang atau kalah.

Kadang-kadang perkara macam ini perlu ibu bapa yang waras. Jgn fikir ego. Tiada yg menang dan tiada yg kalah untuk anak anak. Untuk CE terus kuat ya. Pasti ada hikmahnya. Allah sentiasa ada.

nur amirah komen kes cik epal

cik epal hanyuki

Nur Amirah turut menyifatkan situasi Cik Epal sebagai berbeza dan meluahkan rasa simpati terhadapnya.

Kes CE memang lain sbb bekas suami dia lain macam. Memang kesian CE nak hadap orang mental macam itu.

Terdahulu, isu berkenaan kembali hangat selepas Jofliam memaklumkan mahkamah telah memuktamadkan hak jagaan penuh anak-anak kepada dirinya. Cik Epal pula menegaskan anak-anak bukan ‘barang’ yang boleh dianggap sebagai kemenangan mana-mana pihak.

cikepal2026-09-22 14:59:43

"Bila Masa Pulak Kau Menang? Kepala Hotak Kau" - Cik Epal Bersuara Setelah Muktamad Keputusan Hak Hadanah Dengan Jofliam

The post “Kesian CE Nak Hadap Orang Mental Macam Tu” – Pernah Lalui Isu Hak Jagaan Anak, Nur Amirah Simpati Dengan Cik Epal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved