Ibu Zara Qairina tenang, bersemangat menanti inkues rungkai kematian anaknya

LocalPolitics
28 Aug 2025 • 3:11 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Noraidah (tengah) ketika hadir pada prosiding pendengaran permohonan pasukan peguam untuk dideklarasi sebagai pihak berkepentingan dalam inkues kematian anaknya pada Khamis.

KOTA KINABALU - Pasukan peguam percaya anak guamnya, Noraidah Lamat gembira dengan keputusan Mahkamah Koroner yang kekal dengan keputusan untuk meneruskan tarikh inkues kematian Zara Qairina Mahathir bermula 3 September depan.

Peguam, Shahlan Jufri berkata, Noraidah yang juga ibu kepada Zara Qairina bersemangat apabila hari yang dinantikan iaitu prosiding inkues akan bermula pada minggu hadapan.

"Ibu Zara bersemangat. Inilah hari yang dinantikannya. Memang inkues ini diminta dari awal lagi. Bila permohonan untuk inkues ditangguhkan itu tidak dibenarkan, saya percaya ibu Zara gembira untuk meneruskan inkues ini," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu, di sini pada Khamis.

Jelasnya, ketika ini Noraidah tenang sepanjang proses itu berlangsung namun menyerahkan sepenuhnya kepada pasukan peguam berhubung segala kenyataan yang dikeluarkan.

Sebelum itu, pasukan peguam yang turut terdiri daripada Hamid Ismail, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser dibenarkan menjadi pihak berkepentingan dalam inkues itu nanti.

Dalam prosiding yang berlangsung pada pagi Khamis, pasukan guaman dari pihak lima remaja yang dituduh di Mahkamah Kanak-Kanak berkaitan Zara Qairina juga dibenarkan untuk menjadi pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.

 

 

 

Lagi artikel berkaitan: