iCaur Malaysia Buka Bilik Pameran Pertama Di Dunia Di Glenmarie, Shah Alam

LocalCars
27 Aug 2025 • 12:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not availableimage is not available

iCaur Malaysia sedang bersiap sedia untuk melancarkan model sulungnya di pasaran tempatan, iCaur 03, dengan pembukaan bilik pameran pertamanya di Glenmarie, Shah Alam. Lokasi ini bukan sahaja yang pertama di Malaysia tetapi juga yang pertama di dunia untuk jenama iCaur.

Fasiliti Serba Lengkap

image is not availableimage is not available

image is not availableimage is not available

Dikendalikan oleh Absolute Motor Sdn Bhd, bilik pameran seluas 18,912 kaki persegi ini direka sebagai pusat gaya hidup lengkap yang memberikan pengalaman pemilikan unik. Terdapat ruang pameran yang boleh memuatkan lima jentera, ruang santai mesra pelanggan yang lengkap dengan kopi, pastri dan Wi-Fi, ruang khas untuk penyerahan kenderaan dan dua tapak pengecasan kenderaan elektrik (EV) eksklusif untuk pemilik iCaur.

Mencerminkan moto ‘Born to Play’, bilik pameran ini juga dilengkapi iCaur Arcade iaitu zon permainan khas untuk pelanggan dan pengunjung bersantai dan menikmati pengalaman interaktif.

image is not available

Bilik pameran ini turut berfungsi sebagai pusat servis selepas jualan dengan tiga ruang penyelenggaran dan satu ruang khusus untuk talaan dan aksesori. Kapasiti servis bulanan mencecah 300 kenderaan dengan kekuatan 30 kakitangan yang terlatih.

Spesifikasi iCaur 03

image is not available

iCaur 03 ditawarkan dalam dua varian iaitu varian asas 2WD dengan motor tunggal 181 hp (184 ps atau 135 kW) dan tork 220 Nm menggunakan bateri LFP 65.7 kWj, membolehkannya mencapai jarak perjalanan sehingga 426 km dengan satu cas penuh, berdasarkan NEDC. Varian dengan spesifikasi tinggi Intelligent Wheel Drive (iWD) hadir dengan sistem pacuan dua motor berkuasa 275 hp (279 ps atau 205 kW) dan 385 Nm, serta bateri lebih besar 69.8 kWj memberikan jarak 418 km.

Rangkaian Terus Diperluas

image is not available

image is not availableimage is not available

Dengan pembukaan cawangan pertama di dunia ini, iCaur Malaysia akan terus memperluaskan rangkaiannya dengan rancangan untuk menyediakan 18 pusat jualan dan 9 bilik pameran lengkap di seluruh negara sebagai persiapan pelancaran rasmi iCaur 03 pada 9 September 2025.

Naib Presiden iCaur Malaysia, Emily Lek berkata, “Dalam tempoh kurang empat bulan setelah penampilan pertama kami di Malaysia Autoshow 2025, iCaur telah meninggalkan kesan yang mendalam dengan mesej 'Born to Play'.”

Tambahnya lagi, “iCaur Glenmarie berdiri megah sebagai bilik pameran pertama di Malaysia dan dunia, menunjukkan imej jenama yang mengutamakan keunikan dan ekspresi diri. Ini disampaikan melalui penawaran kenderaan berteknologi canggih dan ekosistem pelengkap, menyerlahkan iCaur [sebagai sebuah jenama] yang menggalakkan semangat pengembaraan pada setiap masa."

Butiran iCaur Glenmarie

iCaur Glenmarie terletak di 12, Jalan Pendaftar U1/54, Kawasan Perindustrian Temasya, Shah Alam. Ia dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Sabtu, dan 9 pagi hingga 5 petang pada Ahad. Sementara itu, pusat servis pula beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

image is not available