iCAUR V23 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM119,800

Cars
27 Nov 2025 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

iCAUR Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya iCAUR V23 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi.

Untuk pasaran tempatan, ia hadir dalam dua varian iaitu pacuan dua roda (2WD) (RM119,800) dan pacuan empat roda (iWD) RM132,800.

image is not available

Dari segi ukuran, ia berukuran 4,220 mm panjang, 1,915 mm lebar, dan 1,845 mm tinggi, dan digandingkan dengan jarak gandar 2,735 mm, V23 memberikan keseimbangan antara penampilan yakin dan teguh di luar dan ruang dalam yang praktikal dan selesa bagi pemandu dan penumpang.

Dengan jarak lepas permukaan setinggi 210mm, iCAUR V23 dibina untuk mengendalikan permukaan mencabar dan meredah air sedalam 600 mm, setanding SUV 4x4 sejati dan trak pikap moden.

image is not available

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan lampu depan LED bersama Lampu Nyalaan Siang yang disediakan sebagai ciri piawai, dan lampu belakang LED yang dilengkapi lampu brek ketiga tinggi yang terletak pada kotak simpanan tambahan.

Selain itu, ia hadir dengan roda 19 inci dan tayar 255/55 R19 pada versi V23 2WD, manakala versi perdana V23 iWD menyerlah dengan roda 21 inci lebih besar yang digandingkan dengan tayar 265/45 R21, menyerlahkan lagi kemodenan dan keyakinan penampilan dalam reka bentuk keseluruhan.

Bahagian kabin pula, ia menawarkan skrin sentuh HD Quad 15.4-inci yang dipacu oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 8155 menjadi tumpuan utama kabin, menjamin pengendalian lancar dan kawalan intuitif.

image is not availableimage is not available

Telefon pintar disepadukan dengan lancar tanpa wayar sebagai ciri piawai menerusi Android Auto dan Apple CarPlay. Ciri ini dilengkapi dengan sistem audio 7 speaker yang menghasilkan bunyi yang jelas dan menghiburkan para penumpang.

image is not availableimage is not available

Sebagai pelengkap ruang dalamnya yang bergaya retro, iCAUR V23 menyediakan empat butang konsol tengah mantap untuk menyenangkan kawalan fungsi di dalam kereta, termasuk pemilih mod pacuan, untuk bertukar antara lima mod pacuan dalam versi V23 2WD [ECO, Comfort (Selesa), Sport (Sukan), Individual (Individu), Slippery (Jalan Licin)], dan enam mod dalam versi iWD berserta mod Off-Road (Jalan Lasak) tambahan.

image is not available

Mengenai trenkuasa, Versi 2WD dipacu oleh motor elektrik dipasang belakang tunggal yang menghasilkan kuasa 100 kW (136 PS) dan tork 180 Nm.

Varian ini digandingkan dengan bateri Litium Ion Fosfat (LFP) 59.9-kWj, selain mencatatkan jarak pemanduan (NEDC) sehingga 360 km, menjadikannya sesuai bagi pemanduan harian dan perjalanan di sekitar bandar.

Dengan bekalan kuasa yang lancar dan pacuan roda belakang dinamik yang seimbang, versi 2WD menawarkan pengalaman memandu yang cekap dan juga menyeronokkan.

image is not availableimage is not available

Bagi mereka yang inginkan keupayaan dan kuasa tambahan, iCAUR V23 iWD memperkenalkan sistem pacuan semua roda pintar dwimotor. Versi ini menjana output tergabung 155 kW (211 PS) dan tork 292 Nm, menghasilkan pecutan penuh yakin dan cengkaman mantap sama ada semasa meredah denai atau apabila meluncur dengan selesa di lebuh raya.

Sementara itu, varian iWD menawarkan jarak pemanduan lanjutan sehingga 430 km (NEDC), dipacu bateri litium tiga logam Nikel-Mangan-Kobalt (NMC) 81.8-kWj.

image is not availableimage is not available

Prestasi V23 disokong oleh modul pacuan elektrik belakang yang kompak lagi berkuasa, menggabungkan komponen penting seperti Unit Kawalan Motor, Pengecas Dalaman, dan Penukar.

Versi iWD disokong oleh Motor Tak Segerak Magnet Kekal yang mantap pada gandar depan, memberikan cengkaman tambahan apabila keadaan memerlukan.

Bagaimanapun, kedua-dua varian menyokong pengecasan AC 6.6 kW, manakala pilihan V23 2WD menawarkan keupayaan pengecasan pantas DC sehingga 85 kW. Versi iWD ditambah baik dengan kadar pengecasan DC maksimum 104 kW, menawarkan kesenangan tambahan bagi perjalanan jarak jauh.

image is not availableimage is not available

Menegnai ciri keselamatan, ia hadir dengan pelbagai ciri keselamatan termasuk enam beg udara dan sistem bantuan pemandu lanjutan ADAS Aras 2. Segala ciri keselamatan ini disokong oleh radar gelombang milimeter yang disepadukan ke dalam badan kenderaan untuk meningkatkan ketepatan pengesanan dalam pelbagai persekitaran.

Versi standard iCAUR V23 menyediakan ciri-ciri ADAS berikut, Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Maklumat Terlepas Keluar (DAI), Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Amaran Pertukaran Lorong (LCW), Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Perlanggaran Belakang (RCW), Pencegahan Keluar Lorong (LDP) dan Amaran Lalu Lintas Silang Belakang (RCTA).

Terdapat juga Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Mengelakkan Kesesakan Lalu Lintas (TJA), Pengesanan Titik Buta (BSD) dan Amaran Pembukaan Pintu (DOW).

Selain daripada prestasi dan ciri keselamatannya, iCAUR V23 dilengkapi turut dilengkapai termasuk Monitor Pandangan Menyeluruh (AVM) 540-darjah tersendiri jenama, Sistem Pengawasan Tekanan Tayar (TPMS), dan pembaca NFC yang diletakkan di dapra sisi pemandu untuk capaian pantas.

Bagi yang berminat, ia V23 ditawarkan dalama enam pilihan warnanOff Road Orange (Oren Off Road), Khaki White (Putih Khaki), Army Green (Hjiau Tentera), Slate Silver (Perak Slate), dan Carbon Black (Hitam Karbon), yang semuanya dipadankan dengan hias dalaman kulit hitam yang serba anggun.

Para pemilik V23 mendapat sokongan khidmat penjagaan komprehensif yang disediakan bagi semua model iCAUR. Perkhidmatannya termasuk waranti kenderaan tujuh tahun atau 150,000 km, waranti bateri dan unit pacuan lapan tahun atau 160,000 km, dan jaminan penggantian bateri sekiranya Keadaan Kesihatan jatuh di bawah 70% dalam tempoh waranti.

Untuk 1,000 pendaftaran pertama, iCAUR Malaysia memperkenalkan Pakej Pembeli Awal yang dirangka khas untuk memberikan nilai bermakna kepada proses pemilikan. Setiap pembelian termasuk pengecas rumah Wallbox (Kotak Dinding) 7kW percuma bernilai RM3,400, untuk menawarkan kemudahan pengecasan di rumah kepada pengguna.

Untuk meningkatkan lagi kesenangan penggunaan harian, pakej ini termasuk unit kluster instrumen sokongan 6.86-inci yang bernilai RM1,000. Di samping itu, pembeli akan menerima waranti lanjutan untuk bateri, motor elektrik dan unit kawalan kuasa yang meliputi tempoh sehingga sepuluh tahun atau 200,000km.image is not available