
KUALA LUMPUR, 27 November 2025 — iCAUR Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi iCAUR V23, SUV elektrik lasak sepenuhnya yang menjadi model kedua jenama tersebut untuk pasaran tempatan. Selepas kejayaan model iCAUR 03, kemunculan V23 mengukuhkan lagi kedudukan iCAUR sebagai pelopor SUV EV berorientasikan pengembaraan di Malaysia.
V23 digambarkan sebagai SUV elektrik pertama di negara ini yang benar-benar dibangunkan untuk kegunaan lasak, merangkumi reka bentuk kotak yang teguh, kemampuan meredah halangan, serta teknologi pintar kelas premium.
iCAUR V23 menampilkan tubuh segmen C dengan dimensi 4,220 mm panjang, 1,915 mm lebar dan 1,845 mm tinggi serta jarak roda 2,735 mm. Rekaan ini memberikan keseimbangan antara keteguhan luar dan keselesaan ruang dalam.
Bahagian hadapan menerima lampu LED penuh dengan DRL, manakala belakang dilengkapi lampu LED bersama lampu brek ketiga pada kotak simpanan tambahan. Model ini juga datang dengan tempat pijak sisi kukuh sebagai ciri standard.
Untuk kehadiran visual, V23 2WD menggunakan rim 19 inci bersama tayar 255/55, manakala versi iWD menerima roda 21 inci yang meningkatkan gaya dan karakter off-road.
Keupayaan Lasak Sejati
Walaupun sebuah EV, iCAUR V23 direka dengan DNA 4×4 klasik. Ia menawarkan:
- Sudut tuju: 42°
- Sudut berlepas: 41°
- Ketinggian lega tanah: 210 mm
- Meredah air: sehingga 600 mm
Keupayaan ini meletakkan V23 setara dengan SUV 4×4 tradisional, menjadikannya sesuai untuk aktiviti pengembaraan dan perjalanan luar bandar.
Dua Pilihan Kuasa: 2WD dan iWD
iCAUR V23 ditawarkan dengan dua konfigurasi:
1. V23 2WD (Pacuan Belakang) – RM119,800
- Motor tunggal belakang: 100 kW (136 PS), 180 Nm
- Bateri LFP 59.9 kWh
- Jarak pemanduan: hingga 360 km (NEDC)
- Pengecasan DC: sehingga 85 kW
Konfigurasi ini sesuai untuk kegunaan harian, pemanduan bandar dan perjalanan sederhana.
2. V23 iWD (AWD Pintar) – RM132,800
- Sistem dwimotor: 155 kW (211 PS), 292 Nm
- Bateri NMC 81.8 kWh
- Jarak pemanduan: hingga 430 km (NEDC)
- Pengecasan DC: sehingga 104 kW
Versi iWD menawarkan pecutan lebih yakin serta cengkaman tambahan di denai, laluan licin atau permukaan tidak rata.
V23 dibina dengan struktur seakan sangkar menggunakan 70% keluli kekuatan tinggi, memberikan ketegaran badan lebih selamat. Ia turut disokong oleh Sistem Pengurusan Bateri (BMS) yang memiliki perlindungan voltan dan penyejukan cecair lanjutan.
Ciri keselamatan standard termasuk:
- 6 beg udara
- ADAS Level 2
- AEB, ACC, LDW, BSD, RCTA, DOW dan banyak lagi
- Radar gelombang milimeter untuk ketepatan pengesanan lebih baik
Bahagian dalaman V23 menampilkan gaya retro-mod dalam tona hitam dengan kemasan lembut tahan lama. Antara tarikan utama:
- Skrin Sentuh 15.4 inci HD
- Pemproses Qualcomm Snapdragon 8155
- Android Auto & Apple CarPlay tanpa wayar
- Sistem audio 7 speaker
- Butang konsol mekanikal untuk kawalan pantas
- Pilihan 5 mod pemanduan (2WD) / 6 mod (iWD termasuk Off-Road)
- Kerusi berpenyejuk & urut
- Ruang but 234L, boleh capai 744L apabila kerusi belakang dilipat penuh
Ciri mudah lain termasuk AVM 540° unik, TPMS, serta akses NFC yang diletakkan pada dapra sisi pemandu.
iCAUR V23 masuk ke pasaran Malaysia dengan rangkaian warna ceria:
- Off Road Orange
- Khaki White
- Army Green
- Slate Silver
- Carbon Black
Semua hadir dengan kemasan dalaman kulit hitam.
Pakej Pembeli Awal (1,000 unit pertama)
- Pengecas rumah (Wallbox) 7 kW — PERCUMA
- Kluster instrumen tambahan 6.86 inci
- Waranti lanjutan bateri, motor & unit kuasa hingga 10 tahun / 200,000 km
Waranti biasa iCAUR termasuk:
- 7 tahun / 150,000 km kenderaan
- 8 tahun / 160,000 km untuk bateri & unit pacuan
- Penggantian bateri jika SOH turun <70%
Komitmen Rangkaian Jualan & Servis
iCAUR Malaysia kini hampir mencapai 20 lokasi runcit dan servis di Semenanjung Malaysia, melebihi sasaran awal. Pelan pengembangan ke Sabah dan Sarawak pula dijadualkan bermula S1 2026.





































The post iCAUR V23 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: SUV Elektrik Lasak Penuh Teknologi Kini Memasuki Pasaran appeared first on TW Media.


