Ice-Watch perkenal jam automatik pertama

28 Jul 2026 • 8:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ice-Watch perkenal jam automatik pertama

Ice-Watch memperkenalkan koleksi Bewatch 2 Automatic yang menggabungkan rekaan moden dengan mekanisme jam automatik.

Ia merupakan jam automatik pertama jenama Belgium itu, sekali gus memperluaskan pilihan dalam segmen jam mekanikal.

Berbeza daripada jam kuarza yang menggunakan bateri, koleksi ini dikuasakan oleh mekanisme automatik menerusi tenaga yang terhasil ketika dipakai.

Antara ciri utama jam ini ialah rekaan skeleton movement yang membolehkan sebahagian mekanisme dalaman jam dilihat menerusi muka jam.

Image from: Ice-Watch perkenal jam automatik pertama

Dengan sarung berukuran 48 milimeter (mm), ia tampil dengan saiz lebih besar, sesuai buat lelaki yang menggemari jam tangan berkarakter dan mempunyai nilai teknikal tersendiri.

Selain itu, ia turut dilengkapi kaca mineral, ketahanan air 3 ATM dan tali PU 22 milimeter yang memberikan keselesaan untuk pemakaian harian.

Koleksi ini turut ditawarkan dalam tiga variasi warna iaitu lutsinar, biru dan hitam bagi memenuhi pilihan pemakai.

Ice-Watch sebelum ini dikenali menerusi koleksi seperti Ice Smart, Ice Generation, Ice Power dan Ice Steel yang mengetengahkan rekaan moden.

The post Ice-Watch perkenal jam automatik pertama appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved