ID GPU Kad Grafik NVIDIA Terbaru Untuk Komputer Riba Gaming Diperlihatkan

TechnologyDigital
28 Oct 2024 • 2:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita mungkin hanya akan memperlihatkan pengumuman baru mengenai siri kad grafik NVIDIA terbaru, iaitu GeForce RTX 5000 pada awal tahun hadapan, tetapi kita tahu bahawa mereka akan memperlihatkan sekurang-kurangnya tiga model untuk komputer desktop.

Terkini, beberapa portal teknologi komputer juga telah melaporkan bahawa ID GPU untuk kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5000 untuk kelas komputer riba gaming jug telah diperlihatkan. Ini bermakna bahawa penawaran model kad grafik tersebut juga telah diperlihatkan,

image is not available

Ia telah disenaraikan di laman web PCI Device ID yang menyenaraikan ID komponen dan juga nama model komersilnya. Melalui kemaskini terbaru yang diperlihatkan pada akaun NVIDIA, mereka telah menyenaraikan sejumlah nama ID dan model GPU yang dibina khusus untuk komputer riba.

Ini termasuklah kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5090 Max-Q sehinggalah NVIDIA GeForce RTX 5050 Max-Q. Laporan-laporan sama mengatakan bahawa setakat ini, ID GPU yang dikemaskini dilihat bukanlah rasmi, tetapi kebarangkalian bahawa maklumat ini adalah jitu dilihat cukup tinggi kerana ID komponen yang diperlihatkan sebelum ini adalah yang sama digunakan.

Setakat ini, butiran lanjut mengenai kad-kad grafik baru ini, seperti jenis GPU yang digunakan, jumlah memori dan tarikh pelancaran tidak diketahui lagi.