Identiti mayat lelaki disyaki mangsa bunuh masih misteri

3 Sep 2026 • 3:56 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Identiti mayat lelaki disyaki mangsa bunuh masih misteri

SUNGAI BULOH – Identiti seorang lelaki yang dipercayai menjadi mangsa bunuh dan ditemukan dalam parit di Jalan Industri 7, Kampung Baru Sungai Buloh di sini, Sabtu lalu masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya masih menunggu laporan Jabatan Kimia bagi membantu mengenal pasti identiti mangsa.

“Kes masih dalam siasatan, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan perlu menunggu laporan daripada Jabatan Kimia,” katanya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan mayat lelaki berkenaan ditemukan orang awam di dalam parit di Jalan Industri 7, Kampung Baru Sungai Buloh.

Susulan penemuan itu, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan operasi mengeluarkan mayat dari parit berkenaan.

Mohd Hafiz berkata, hasil bedah siasat mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, beliau berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Identiti mayat lelaki disyaki mangsa bunuh masih misteri appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved