
PETALING JAYA: Polis masih mengenal pasti identiti mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh yang ditemukan di dalam parit di Jalan Industri 7, Kampung Baru Sungai Buloh pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut.
“Kes masih dalam siasatan. Identiti mangsa masih belum dikenal pasti, perlu tunggu laporan dari Jabataan Kimia,” katanya di sini hari ini.
Katanya, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan berhubung kes berkenaan.
Terdahulu, mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya dipercayai mangsa bunuh ditemukan di dalam parit di Jalan Industri 7, Kampung Baru Sungai Buloh di sini, Sabtu lalu.
Penemuan mayat berkenaan dimaklumkan oleh orang awam sebelum anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengeluarkan mayat itu.
Hasil bedah siasat mendapati terdapat unsur jenayah pada badan si mati dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. –UTUSAN
The post Mayat jumpa di Sungai Buloh belum dikenal pasti appeared first on Utusan Malaysia.






