Idrus Harun antara dilantik anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

LocalPolitics
1 Nov 2026 • 10:24 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Idrus Harun antara dilantik anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik empat individu termasuk bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa hari ini.

Turut dilantik ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali, Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi Mara, Prof Dr Hartini Saripan bagi penggal yang kedua dan bekas Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Mariati Robert.

Pejabat Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, hari ini memaklumkan pelantikan itu adalah mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].

“Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Nov 2026 hingga 31 Okt 2028,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan serta sumbangan Datuk Seri Talat Mahmood Abdul Rashid sepanjang tempoh beliau menjadi anggota suruhanjaya ini. – Bernama

The post Idrus Harun antara dilantik anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved