Isu pelaburan RM1.1 bilion Rafizi : SPRM, Peguam Negara perlu maklum tindakan terkini – NGO

LocalPolitics
25 Oct 2026 • 10:58 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Isu pelaburan RM1.1 bilion Rafizi : SPRM, Peguam Negara perlu maklum tindakan terkini – NGO

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pejabat Peguam Negara (AG) perlu memaklumkan kepada umum mengenai hasil siasatan dan kebarangkalian tindakan undang-undang dalam dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.1 bilion ($350 juta) membabitkan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Wakil Sekretariat Bangkit Nasional (BANGKIT), Khairul Azam Abdul Hamid berkata, rakyat masih ternanti-nantikan perkembangan kes tersebut kerana ia melibatkan penggunaan dana awam yang cukup besar.

Katanya, semua pihak terutama rakyat biasa seharusnya mendapatkan keadilan untuk mengetahui kebenaran kes tersebut yang mendapat liputan meluas media antarabangsa.

“Sudah hampir sembilan bulan siasatan ke atas kes tersebut dijalankan dan kami mendengar pelbagai dakwaan oleh pelbagai pihak tetapi sehingga hari ini, pihak berkuasa seperti SPRM dan pejabat AG belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai tindakan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Image from: Isu pelaburan RM1.1 bilion Rafizi : SPRM, Peguam Negara perlu maklum tindakan terkini – NGO
KHAIRUL AZAM

Pada Februari lalu, SPRM mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion melibatkan bekas menteri kanan sebuah kementerian daripada gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Rafizi telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan projek kerajaan.

Siasatan itu berpunca daripada dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan antara Kementerian Ekonomi semasa diterajui beliau, dengan syarikat ARM Limited UK (ARM) dalam perjanjian strategik industri semikonduktor.

Mengulas lanjut, Khairul Azam berharap tindakan yang serta-merta oleh SPRM dan pejabat AG dalam hal ini kerana rakyat kian dibelenggu oleh pelbagai dakwaan Rafizi.

Katanya, ini terutama yang membabitkan mafia korporat sedangkan kes yang membabitkan diri sendiri masih tidak diketahui statusnya. – UTUSAN

The post Isu pelaburan RM1.1 bilion Rafizi : SPRM, Peguam Negara perlu maklum tindakan terkini – NGO appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved