iFUTURE 2026: UM nafi ambil tindakan tatatertib terhadap mahasiswa

LocalPolitics
17 Oct 2026 • 4:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: iFUTURE 2026: UM nafi ambil tindakan tatatertib terhadap mahasiswa
UM menafikan dakwaan bahawa tindakan tatatertib diambil terhadap seorang mahasiswa susulan persoalan dan pandangan yang disuarakannya pada sesi Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Depan Antarabangsa (iFUTURE 2026), baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) menafikan dakwaan bahawa tindakan tatatertib diambil terhadap seorang mahasiswa susulan persoalan dan pandangan yang disuarakannya pada sesi Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Masa Depan Antarabangsa (iFUTURE 2026), baru-baru ini.

Naib Canselor UM, Datuk Seri Prof Dr Noor Azuan Abu Osman berkata, universiti itu sentiasa menghormati hak mahasiswa untuk bertanya dan menyuarakan pandangan.

"Saya ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang tindakan tatatertib diambil terhadap mahasiswa berkenaan. Sehubungan dengan itu, dakwaan yang tersebar mengenai perkara ini adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, platform seperti iFUTURE 2026 yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjadi ruang penting bagi mahasiswa berdialog secara langsung dengan kepimpinan universiti.

"Bagi saya, perbezaan pandangan bukanlah suatu ancaman, sebaliknya sebahagian daripada budaya intelektual yang perlu terus dipupuk. Kita mungkin tidak sentiasa bersetuju dalam semua perkara, namun mahasiswa perlu diberikan ruang untuk bersuara dan didengari,” katanya.

Sidang kemuncak tiga hari bermula 11 hingga 13 Oktober itu menghimpunkan 1,231 pemimpin mahasiswa terdiri daripada 813 peserta Malaysia dan 418 delegasi antarabangsa dari 60 negara, bagi memperkukuh jaringan kepimpinan mahasiswa antarabangsa menerusi wacana intelektual dan libat urus strategik. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved