IG Pelakon Wonder Woman Jadi Tumpuan Sebab Sokong Israel

Entertainment
9 Oct 2023 • 12:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu konflik mengenai Gaza dan Israel kembali menjadi hangat setelah kumpulan tentera Palestin yang diketuai oleh Hamas melancarkan pencerobohan dan serangan besar-besaran terhadap Israel dari Semenanjung Gaza kira-kira pada 7 Oktober lepas.

Tidak dinafikan bermacam-macam video, foto yang tular di media sosial menunjukkan keadaan terkini antara kedua-dua negara itu.

Peka dengan isu yang melanda di negara asalnya, pelakon antarabangsa yang terkenal menerusi filem adiwira, Wonder Woman iaitu Gal Gadot tampil menyuarakan sokongannya terhadap Zionis.

Sokongan itu dibuat menerusi laman Instagram miliknya sendiri sejak semalam dan pastinya ia mengundang pelbagai reaksi warganet dari seluruh dunia.

“Saya sokong Israel anda juga sepatutnya sokong. Dunia tidak boleh berdiam diri sahaja apabila tindakan keganasan yang mengerikan ini berlaku!”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gal Gadot (@gal_gadot)

Dalam ruangan komen, ada netizen yang menggesa dirinya untuk memilih keadilan berbanding negara. Bahkan, ada juga netizen menunjukkan sokongan mereka kepada Palestine di ruangan komen. Tidak kurang juga ada yang sependapat dengan Gal Gadot dengan menyokong Israel.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, Gal Gadot juga ada membuat satu perkongsian untuk mengumpul sumbangan amal daripada orang ramai bagi ‘membela nasib’ mangsa di Israel.

Sebagai info, Gal Gadot-Varsano merupakan Miss Israel 2004 dan mewakili negaranya di pertandingan Miss Universe 2004. Dia kemudiannya berkhidmat di Angkatan Pertahanan Israel selama dua tahun sebagai pengajar kecergasan tempur sebelum mula belajar di IDC Herzliya sambil membina kerjaya peragaan dan lakonan.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.