Ikan kuning jingga aneh ditemukan di pelabuhan New York

15 Nov 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ikan kuning jingga aneh ditemukan di pelabuhan New YorkNEW YORK: Seekor ikan berwarna kuning jingga luar biasa ditemukan di sebuah pelabuhan di New York selepas ditangkap dalam satu tinjauan rutin hidupan akuatik, menurut Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat (USFWS).

Ikan spesies burbot yang berasal dari perairan tempatan itu ditangkap di Pelabuhan Oswego ketika tinjauan rutin spesies invasif akuatik dijalankan.

Ahli biologi yang memeriksa ikan berkenaan segera menyedari warna badannya yang luar biasa.

USFWS menyifatkan warna kuning jingga ikan itu begitu menyerlah sehingga mengatasi keindahan warna-warni dedaunan musim luruh.

Menurut ahli biologi, ikan berkenaan mengalami keadaan biologi dikenali sebagai xanthochromism, iaitu keadaan yang mengganggu pigmentasi normal sehingga menghasilkan warna kuning jingga yang sangat terang.

“Xanthochromism jauh lebih jarang berlaku dalam kalangan ikan liar berbanding albinisme atau melanisme, menjadikan penemuan ini sesuatu yang amat luar biasa,” menurut kenyataan pegawai agensi itu.-AGENSI

The post Ikan kuning jingga aneh ditemukan di pelabuhan New York appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved