“Ikan pun terkejut” – Berenang Dalam Akuarium Rumah, Tindakan Adik Ini Buat Orang Ramai Risau

Entertainment
16 Mar 2024 • 2:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Memang tak dinafikan sekarang ni jarang-jarang kita dapat hujan. Kadang-kadang tu cuaca memang betul-betul panas. Ditambah lagi dengan kita sedang berpuasa, kalau dapat sejukkan diri itu memang cukup nikmat lah.

Ada banyak cara untuk sejukkan diri seperti duduk dalam bilik yang ber-aircond merendamkan diri dalam kolam. Tapi min sangat pasti korang takkan pernah terfikir satu perkara yang dilakukan adik ini untuk sejukkan diri, iaitu berendam dalam akuarium rumah.

Kalau korang tak percaya, korang cuba tengok video @Amrlamnnn di bawah ni.

Ikan pun terkejut

Rata-rata netizen dilihat tidak sedikit pun yang kagum dengan tindakan adik ini. Malahan mereka mengkritik dan mengecam tindakan ibu bapa yang membenarkan anak mereka ini berenang dalam akuarium. Ramai yang mempersoalkan perkara berkaitan keselamatan adik itu.

image is not availableKita bersangka baik. Mungkin air akuarium tu semua okay. Kalau korang geli dengan air akuarium macam min, kita boleh main jauh sama-sama. Biarkan adik ni berenang dalam akuarium tu.

image is not availableSebenarnya banyak sambungan elektrik dekat akuarium rumah. Mana lampu lah, saluran oksigen, water filter, semua tu ada elektrik tau. Memang bahaya kalau nak berenang dalam akuarium macam ni. Harap korang jangan lah ada idea aneh macam ni.

image is not availableIni min sangat setuju! Walaupun bahasa last tu agak kasar, tapi point awal tu min setuju. Kolam angin tu tak sampai RM50 pun ada. Boleh lah buat untuk anak berendam ke berenang kan. Yang penting selamat.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.