IKEA Cheras Ditutup Sementara Susulan Kerja Penyelenggaraan

LocalHome & Living
18 Jun 2026 • 10:17 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

IKEA Cheras Ditutup Sementara Susulan Kerja Penyelenggaraan

IKEA Cheras Ditutup Sementara Susulan Kerja Penyelenggaraan

IKEA Malaysia mengumumkan Restoran Sweden di cawangan IKEA Cheras ditutup sementara bermula semalam bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.

Dalam satu kenyataan, IKEA Malaysia memaklumkan langkah itu diambil bagi memastikan standard kebersihan yang tinggi terus dipatuhi serta operasi restoran berkenaan kekal memenuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan syarikat dan pihak berkuasa kesihatan Malaysia.

“IKEA memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami pelanggan susulan penutupan sementara tersebut,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, syarikat itu menjelaskan pelanggan masih boleh mendapatkan makanan dan minuman di kafe serta bistro IKEA yang kekal beroperasi termasuk di cawangan IKEA Cheras.

Baca juga:

Selain itu, pelanggan juga boleh terus menikmati hidangan di Restoran Sweden yang masih beroperasi di IKEA Damansara, IKEA Tebrau dan IKEA Batu Kawan.

IKEA Malaysia turut merakamkan penghargaan atas kesabaran dan pemahaman pelanggan sepanjang tempoh kerja penyelenggaraan dijalankan.

Menurut syarikat itu, pihaknya berharap dapat menyambut semula kehadiran pelanggan dalam masa terdekat.

Terdahulu, tular notis penutupan restoran tersebut selama dua minggu yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved