IKEA Perkenal Katil Mini Untuk Telefon Pintar Bagi Bantu Pengguna Berehat

DigitalLifestyle
24 Oct 2025 • 8:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

IKEA hadir dengan penawaran menarik berupa katil mini yang direka khas untuk telefon sebagai usaha menggalakkan pengguna berehat dengan lebih berkualiti.

image is not available

Katil mini ini menyerupai katil sebenar lengkap dengan selimut yang direka untuk menarik perhatian pengguna agar meletakkan telefon mereka sebelum tidur. Langkah ini bertujuan untuk bantu mengurangkan tabiat menatal media sosial sebelum tidur dan meningkatkan kualiti tidur.

image is not available

Menariknya, katil ini bukan sekadar tempat meletakkan telefon tetapi turut disertakan dengan cabaran menarik yang dinamakan 7-Day Phone Sleep Challenge. Melalui cabaran ini, pengguna perlu meletakkan telefon mereka di atas katil mini tersebut setiap malam sebelum tidur. Katil ini dilengkapi sokongan NFC yang akan merekod masa pengguna mula tidur dan data tersebut akan diselaraskan melalui aplikasi IKEA.

image is not available

Pengguna yang berjaya melengkapkan cabaran selama tujuh hari berturut-turut berpeluang menerima baucar eksklusif bernilai AED100 (~RM115) untuk digunakan di IKEA. Meskipun begitu, katil mini dan cabaran ini hanya ditawarkan kepada pengguna di IKEA UAE buat masa ini.