“Ikon Permotoran Takde Lesen” – Stopa Disaman Polis Trafik Sebab ‘Drive’ Audi Tanpa Lesen Memandu?

18 Jul 2022 • 6:57 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pempengaruh atau lebih popular dengan panggilan ‘influencer’ dilaporkan telah disaman oleh polis trafik kerana melakukan kesalahan undang-undang.

Menurut laporan, lelaki berusia 20-an itu ditahan kira-kira jam 11 malam di Jalan Raja Laut semalam ketika memandu kereta jenis Audi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, polis bertugas telah mengeluarkan notis saman terhadapnya gara-gara tidak mempunyai lesen memandu.

Hasil pemeriksaan dilakukan, kami mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.”

Difahamkan, satu saman telah dikeluarkan atas dua kesalahan terbabit.

Katanya lagi, lelaki terbabit sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas diangkat menjadi ikon permotoran anak muda.

Sementara itu, hal ini menjadi bualan hangat netizen di aplikasi Twitter dan ramai membuat spekulasi bahawa individu itu adalah Stopa berdasarkan ‘hint’ daripada kenyataan polis.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 minggu lalu

“"Mat Rempit Yang Dipilih” - Netizen Kutuk Sekolah Jemput Haqiem Stopa Bagi ‘Talk’ Pada Pelajar