Muka Individu Disaman Tiada Lesen Tertutup Tapi Netizen Dakwa Itu Ikon Permotoran Negara

18 Jul 2022 • 9:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang pempengaruh atau lebih popular dengan panggilan ‘influencer’ dilaporkan telah disaman oleh polis trafik kerana melakukan kesalahan undang-undang.

Menurut laporan, lelaki berusia 20-an itu ditahan kira-kira jam 11 malam di Jalan Raja Laut semalam ketika memandu kereta jenis Audi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, polis bertugas telah mengeluarkan notis saman terhadapnya gara-gara tidak mempunyai lesen memandu.

Hasil pemeriksaan dilakukan, kami mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.

Difahamkan, satu saman telah dikeluarkan atas dua kesalahan terbabit.

Katanya lagi, lelaki terbabit sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas diangkat menjadi ikon permotoran anak muda.

Sementara itu, hal ini menjadi bualan hangat netizen di aplikasi Twitter dan ramai membuat spekulasi bahawa individu itu adalah Stopa berdasarkan ‘hint’ daripada kenyataan polis.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved