Influencer Terkenal Ditahan & Disaman Selepas Kantoi Bawa Kereta Audi Tiada Lesen Memandu

18 Jul 2022 • 5:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sejak tengah hari Isnin (18 Julai), tular di media sosial satu hantaran mengenai seorang influencer yang ditahan polis selepas didapati memandu tanpa lesen yang sah di ibu negara.

Menurut posting tersebut, influencer berkenaan ditahan pihak polis ketika sedang memandu kenderaan jenis Audi dalam satu pemeriksaan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada Ahad malam, 17 Julai.

Menerusi hantaran sama, dia turut berkongsi satu foto notis saman PDRM yang bertarikh 17 Julai 2022.

image is not available

Terbaharu Polis Kuala Lumpur mengesahkan insiden tersebut dan memaklumkan influencer lelaki berusia lingkungan 20-an itu telah ditahan dan disaman pada jam sekitar 11 malam.

Tiada lesen memandu dan ubah suai nombor plat tidak mengikut spesifikasi

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim, influencer berkenaan bukan sahaja tidak mempunyai lesen memandu, malah hasil pemeriksaan turut mendapati nombor pendaftaran kenderaannya adalah tidak mengikut spesifikasi.

“Justeru, polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu saman atas dua kesalahan berkenaan,” kata beliau kepada Harian Metro.