Iktiraf UEC: Zambry, Fadhlina tidak boleh dimaafkan, perlu letak jawatan - Hassan Karim

LocalPolitics
15 May 2026 • 6:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Iktiraf UEC: Zambry, Fadhlina tidak boleh dimaafkan, perlu letak jawatan - Hassan Karim
Hassan Karim

JOHOR BAHRU - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek perlu meletak jawatan kerana gagal menentang keputusan Kabinet berkenaan keputusan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, sepatutnya kedua-dua menteri itu mempertahankan dasar pendidikan nasional dan segala berhubungan dengannya dalam soal saluran kemasukan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA).

"Kegagalan dua menteri dari UMNO dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) ini yang menjaga amanah bangsa untuk mempertahankan dasar pendidikan negara dalam isu pengiktirafan peperiksaan UEC ini tidak boleh dimaafkan.

"Mereka berdua perlu meletakkan jawatan dengan segera," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta SMPC atau UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

Langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.