IlmuChat Sedang Bangunkan Model Baharu Yang Boleh Jana Dokumen Pembentangan, Kod Pengaturcaraan, Dan Rekaan Poster

TechnologyDigital
2 Mar 2026 • 12:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Ilmu AI merupakan salah satu model kecerdasan buatan janaan yang dibangunkan tempatan, diterajui oleh pihak YTL. Ia sepatutnya dilancarkan kepada umum pada tahun lepas, tetapi sehingga kini, masih dalam bentuk ujian tertutup dengan hanya sejumlah pengguna diberikan akses.

image is not available

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Ilmu AI akan diperkenalkan secara rasminya kepada umum. Namun, perkara berkenaan tidak mengehadkan Ilmu AI daripada terus membangunkan model baharu penawaran mereka.

Melalui Ilmu AI 1.5 yang dipertontonkan kepada sekumpulan pengguna kecil baru-baru ini, ia dilihat akan menyertakan sejumlah ciri baharu, termasuk kebolehan membangunkan fail atau dokumen pembentangan, selain turut boleh mengaturcara laman web dengan pantas, atau membuat rekaan poster. Ini sekaligus memperluaskan lagi penawaran Ilmu AI yang terhad kepada janaan teks sahaja bagi model pertama.

image is not available
image is not available

Beberapa pengguna sedia diberikan akses dengan model baharu ini. Sekiranya semua berjalan lancar, pihak Ilmu AI mungkin memperkenalkan model baharu ini kepada para penguji mereka terlebih dahulu, sebelum menawarkannya kepada semua.