
Google Lyria 3 dilancarkan dengan ia adalah model kecerdasan generatif (AI) generatif muzik terbaru mereka. Lyria 3 menjana muzik sepanjang 30 saat dengan pada waktu ini menyokong Bahasa Inggeris, Jerman, Sepanyol, Perancis, Hindi, Jepun, Korea, Portugis.
Lyria 3 boleh menjana sendiri lirik dan pengguna pula boleh mengawal vokal, tempo dan gaya muzik yang dijana. Pengguna hanya perlu memberikan prom apakah muzik yang ingin dijana atau memuat naik gambar dan gambar. Lyria 3 akan terus menjana muzik berdasarkan rujukan yang diberikan. Selain muzik, Lyria 3 juga akan menjana gambar untuk “kulit album” yang menggunakan Nano Banana.
Seperti semua model AI yang ditawarkan Google, setiap muzik yang dijana akan ditanda dengan tera air SnythID untuk membolehkan ia dikenalpasti sebagai janaan AI. Lyria 3 sudah boleh diakses menerusi aplikasi Gemini dalam fasa beta. Pelanggan Google AI Plus, Pro, dan Ultra akan menerima had janaan lebih tinggi berbanding pengguna percuma.

