Imam diugut, kereta diconteng dipercayai ada kaitan sindiket PATI

22 Sep 2026 • 1:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Imam diugut, kereta diconteng dipercayai ada kaitan sindiket PATI
Mangsa dipercayai menerima ugutan menerusi panggilan telefon. Foto hiasan

KOTA BHARU - Seorang imam di Tumpat menerima ugutan menerusi telefon selain kenderaannya diconteng cat hitam, dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, laporan berhubung kejadian itu dibuat oleh imam berkenaan pada malam Selasa.

Menurut beliau, berdasarkan laporan awal, ugutan yang diterima mangsa dibuat menerusi panggilan telefon dan tidak melibatkan ancaman fizikal atau penggunaan senjata.

"Dia (imam) menerima ugutan melalui telefon. Tidak ada ugutan secara fizikal.

"Bagaimanapun, kenderaannya diconteng menggunakan cat hitam," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Selasa.

Mohd Yusoff memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berkenaan mempunyai kaitan dengan kegiatan PATI, namun perkara itu masih di peringkat siasatan.

Ujar beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, polis akan meneliti laporan serta maklumat yang diberikan mangsa bagi mengenal pasti pihak yang terbabit dan motif sebenar kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved