Lelaki rugi RM39,000 diperdaya tawaran kerja dalam talian

LocalBusiness & Finance
18 Sep 2026 • 11:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lelaki rugi RM39,000 diperdaya tawaran kerja dalam talian

SHAH ALAM, 18 SEPT: Seorang lelaki berusia 54 tahun kerugian RM39,000 selepas terpedaya dengan tawaran kerja secara dalam talian yang menjanjikan jawatan sebagai pengurus.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata mangsa menerima tawaran berkenaan menerusi panggilan telefon pada 15 September lalu.

Menurutnya, mangsa kemudian diminta membuat bayaran dengan alasan wang berkenaan akan dikembalikan semula ketika sesi temu duga.

“Mangsa kemudiannya telah membuat beberapa pemindahan wang ke akaun bank yang diberikan oleh suspek.

“Pada 16 September 2026, mangsa telah membuat tiga transaksi berjumlah RM39,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata mangsa kemudiannya diminta membuat bayaran tambahan sebelum mula berasa curiga dan mengesyaki dirinya telah ditipu.

Mangsa kemudian tidak meneruskan pembayaran seterusnya dan membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dan tidak mudah mempercayai tawaran kerja yang dipromosikan secara dalam talian.

Orang ramai juga disaran membuat semakan dengan agensi berkaitan sebelum membuat sebarang bayaran, selain menyemak nombor akaun bank menerusi portal Semak Mule.

Mangsa penipuan kewangan dalam talian pula diminta menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved